"Hati"

Tatalah hatimu! Tetapi kalau belum bisa menata hati, tatalah sendalmu dengan baik.

My Blog List

...Rumah Makan Harmoni (Depan BANK MANDIRI SYARIAH SUDIRMAN) terima karyawan wanita, diutamakan yang pandai membungkus nasi. hubungi Helmi 081268086958

Pages

Wednesday, December 15, 2010

Nafsu Dunia

 Rasulullah s.a.w bersabda : "Orang yang pintar ialah orang yang dapat menguasai nafsunya dan beramal untuk bekalan sesudah mati. Dan orang yang ahmak(kurang akal) ialah orang yang menurutkan hawa nafsunya serta berangan-angan kosong terhadap Allah."


 Allah s.w.t berfirman: "Wahai sekalian manusia, tidak masuk syurga melainkan orang yang tawaduk terhadap kebesaranKu, dan orang yang menghabiskan hari-harinya dengan mengigatiKu, dia mengekang nafsunya daripada keinginan-keinginannya semata-mata kerana aku." (Hadis Qudsi)


 Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Nabi Daud a.s: "Hendaklah engkau peringatkan kepada sahabat-sahabatmu agar mereka jangan selalu menuruti syahwat-syahwatnya, kerana hati yang bergantung kepada syahwat dunia akan terhijab dari syahwat hawa nafsuKu."


Sabda Nabi


 Berkata Abu Umamah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman: "Selama hambaku mendekatkan diri kepadaKu dengan mengerjakan solat-solat sunat, sehingga Aku mencintainya. Maka jadilah Aku pendengaran yang ia dengar dengannya, dan penglihatan yang ia melihat dengannya, dan lidah yang ia berbicara dengannya, dan hati yang ia berfikir dengannya. Apabila ia memohonKu nescaya Aku kabulkannya. Dan apabila ia memintaKu, nescaya aku memberinya. Dan apabila ia meminta pertolonganKu, nescaya Aku memberinya pertolongan. Dan sebaik- baik ibadat yang dibuat oleh hambaKu ialah memberi nasihat kerana Aku." [Riwayat Thabarani]


 Berkata Aisyah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman: "Laksanakanlah Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar sebelum tiba saatnya kamu memohon kepadaKu, maka tiada akan Kukabulkan (permohonanmu), dan kamu meminta kepadaKu, maka tiada Kuberimu, dan kamu memohon pertolonganKu, maka tiadalah akan Kuberi pertolongan kepada kamu." [Riwayat Dailami]


 Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa(muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat RA, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya." Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)


 Aswad r.a. berkata bahwa ia bertanya 'Aisyah r.a., katanya: "Apakah yg diperbuat Nabi dalam rumah tangganya?" Jawab 'Aisyah, "Beliau juga melakukan pekerjaan rumah tangga, menolong isteri beliau. Dan apabila waktu solat telah tiba, beliau pergi solat." (Sahih Bukhari)


 Berkata Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman: "Siapa yang mengingatiKu didalam dirinya, nescaya Aku mengingatinya di dalam DiriKu. Dan siapa yang mengingatiKu di hadapan orang ramai, maka Aku akan mengingatinya pula di hadapan ramai yang lebih banyak dan lebih baik." [Riwayat Ibnu Syahin]


 Hai anak, jangan-jangan bapa ayam itu lebih cerdik daripada engkau, yang mana ia mengalun-alunkan suaranya di waktu sahur sedangkan engkau nyenyak tidur. (Lukmanul Hakim)


 Andaikan orang-orang benar-benar mengetahui kebesaran pahala saf pertama dan menyambut panggilan azan, kemudian untuk mendapat saf pertama harus berundi, nescaya mereka akan berundi untuk mendapatkannya. Andaikan mereka mengetahui kebesaran pahala mendatangi awal untuk bersembahyang nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk datang awal. Andaikan mereka mengetahui keutamaan berjemaah subuh dan isyak, pasti mereka akan mendatanginya meskipun merangkak. (Bukhari, Muslim)


 Siapa yang sembahyang Isyak berjemaah, seolah-olah bangun setengah malam, dan siapa yang sembahyang subuh berjemaah maka bagaikan sembahyang satu malam penuh. (Muslim)


 Hai sekalian manusia, sembahyanglah di rumah kamu. Sesungguhnya seutama-utama sembahyang seseorang itu dalam rumahnya, kecuali sembahyang fardhu. (Bukhari, Muslim)


 "Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim enam perkara : Apabila engkau bertemu dengannya, hendaklah engkau memberi salam, apabila beliau menjemputmu hendaklah engkau menunaikan jemputannya, apabila beliau menasihatimu, hendaklah engkau juga menasihatinya, apbila beliau bersin dan menyebut "AlhamduliLlah" hendaklah engkau menyebut : Yarham kaLlah", apabila beliau sakit hendaklah engkau menziarahinya dan apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya." (Hadis riwayat Muslim).


 "Barangsiapa yang menyeru manusia kepada hidayah, dia mempunyai pahala seperti pahala yang dicapai oleh orang yang menyahut seruannya tanpa mengurangi pahala mereka yang menyambut seruannya, semakin banyak orang yang mengikuti seruannya semakin berlipat ganda pahala yang diperolehinya." (Riwayat Muslim)


 Berkata Aisyah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman : "Laksanakanlah Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar sebelum tiba saatnya kamu memohon kepadaKu, maka tiada akan Kukabulkan (permohonanmu), dan kamu meminta kepadaKu, maka tiada Kuberimu, dan kamu memohon pertolonganKu, maka tiadalah akan Kuberi pertolongan kepada kamu." [Riwayat Dailami]




 Daripada Anas Bin Malik r.a. Rosulullah s.a.w. bersabda : Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika di-bawa ke-perkuburan , yaitu keluarga-nya , harta-nya dan 'amal-nya. Dua di-antara-nya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertai-nya. Keluarga dan harta akan kembali , sedangkan 'amal-nya akan tetap setia bersama-nya.
( Riwayat Imam Bukhori & Muslim )


 Daripada Nu'man Bin Basyir r.a. berkata : Aku mendengar Rosulullah s.a.w. bersabda : Sesungguh-nya se-ringan-ringan siksaan penghuni Neraka pada hari kiamat ia-lah sesaorang yang akan di-letakkan di-bawah telapak kaki-nya dua buah bara api neraka sehingga mendidih ( dari sebab panas kedua bara api tersebut ) otak yang ada di-kepala-nya.Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat siksaan daripada-nya, padahal dia-lah orang yang paling ringan siksaan-nya. ( Riwayat Imam Bukhori & Muslim )


1 Rejab


 Nabi s.a.w. telah bersabda; " Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebut sebagai Sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Barang siapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab Allah akan memberinya minum dari sungai itu." - Riwayat Baihaqi


 Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada 27 hari bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa 1000 tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj." Nabi s.a.w. bersabda; " Siapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang daripada dipetik sampai dia kembali." - Riwayat Tirmidzi


Renungan


 Diberitakan antara wanita yang paling awal akan masuk syurga ialah seorang awam yang bernama Muti'ah. Diriwayatkan solat, puasa beliau biasa sahaja. Apakah yang menyebabkan beliau paling awal masuk syurga ? Diberitakan bahawa Muti'ah ialah wanita atau isteri yang paling taat pada suami. Beliau paling sangat menghormati suami. Paling memberi service atau khidmat yang pailing terbaik pada suami. Muti'ah telah menyediakan sebatang tongkat atau kayu pemukul untuk suaminya memukul beliau jika ada kekurangan pada perkhdimatan atau akhlak dan sebagainya......




Tentang Amar Ma'ruf Nahi Mungkar


 Dari Abu Hurairah ra., Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa mengajak kepada suatu kebaikan, maka ia mendapat pahala seperti orang yang mengikutinya, dengan tidak mengurangi sedikitpun pahala-pahala mereka. Dan barang siapa yang mengajak kepada kesesatan maka ia akan mendapat dosa seperti orang yang mengikutinya, dengan tidak mengurangi sedikitpun dosa-dosa mereka." (H.R. Muslim)


 Dari Ibnu Mas'ud ra., berkata Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa yang menunjukkan suatu kebaikan maka ia mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya." (H.R. Muslim)


 Abu Sa'id Al-Khudry ra., berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa di antara kamu sekalian melihat suatu kemunkaran, maka hendaklah ia merubah dengan kekuasaannya, kalau tidak mampu maka dengan tegurannya, dan kalau tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan yang terakhir adalah selemah-lemahnya iman." (H.R. Muslim)


 Dari Ibnu Mas'ud ra., bahwasanya Rasulullah SAW. Bersabda : "Tidak seorang nabi pun yang diutus Allah kepada suatu ummat sebelumku kecuali ia mempunyai penolong-penolong setia dan kawan-kawan yang senantiasa mengikuti sunnahnya dan mentaati perintahnya, kemudian sesudah periode mereka timbullah penyelewengan dimana mereka mengucapkan apa yang tidak mereka kerjakan dan mereka mengerjakan apa yang tidak diperintahkan. Maka barang siapa yang memerangi mereka dengan kekuasaannya maka ia adalah orang yang beriman, barang siapa yang memerangi mereka dengan ucapannya, maka ia adalah orang yang beriman dan barang siapa yang memerangi mereka dengan hatinya, maka ia adalah seorang yang beriman juga; selain dari itu tidaklah ada padanya rasa iman walau hanya sebiji sawi." (H.R. Muslim)


 Abu Bakr Ash-Shiddiq ra., berkata : " Wahai sekalian manusia sesungguhnya kalian membaca ayat ini : 'Yaa ayyuhal ladziina aamnuu 'alaikum anfusakum laa yadhurrukum man dhalla idzahtadaitum.' (Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu masing-masing, tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu jika kamu telah mendapat petunjuk). Dan sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: "Bahwasanya manusia itu bila mengetahui orang berbuat zhalim kemudian mereka tidak mengambil tindakan, maka Allah akan meratakan siksaan kepada mereka semua." (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan Nasa'i)


 Dari hudzaifah ra., Rasulullah SAW bersabda: "Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam kekuasaanNya, kamu harus sungguh-sungguh menyuruh kebaikan dan mencegah kemunkaran, kalau tidak Allah akan menurunkan siksaan kepadamu, kemudian kamu berdoa kepadaNya, maka tidak akan dikabulkan doamu itu." (H.R. Tirmidzi)


 Ibnu Mas'ud berkata: " Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda: "Semoga Allah memberi cahaya berkilau-kilau kepada seseorang yang mendengar sesuatu dariku kemudian ia menyampaikan sebegaimana yang ia dengar, karena banyak orang yang disampaikan kepadanya (sesuatu itu) lebih menerima daripada orang yang mendengarnya sendiri." (H.R. Tirmidzi)


 Abu Zaid Usamah bin Haritsah ra., berkata: "Saya mendengar Rasulullah bersabda: "Pada hari kiamat kelak ada seseorang yang digiring lantas dilemparkan ke dalam neraka, seluruh isi perutnya keluar lalu berputar-putar seperti berputar-putarnya keledai di kincir, kemudian seluruh penghuni neraka berkumpul mengerumuninya, lantas menegur: "Wahai Fulan, apa yang terjadi padamu, apakah kemu tidak beramar ma'ruf dan nahi munkar?" Ia menjawab: "Ya saya menganjurkan kebaikan tetapi saya sendiri tidak menjalankannya, dan saya melarang kemunkaran tetapi saya sendiri malah mengerjakannya." (H.R. Bukhari & Muslim).


 Dari Abu Sa'id Al-Khudry ra., Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian duduk di jalan-jalan." Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah kami tidak bisa meninggalkan tempat duduk kami (di jalan) itu dimana kami berbincang-bincang di sana." Rasulullah menjawab: "Apabila kamu sekalian enggan untuk tidak duduk di sana maka penuhilah hak jalan itu." Para shahabat bertanya : "Apakah hak jalan itu ya Rasullah." Beliau menjawab : "Yaitu memejamkan mata, membuang kotoran, menjawab salam serta menyuruh kebaikan dan mencegah kemunkaran." (H.R. Bukhari dan Muslim)


 Dari Abu Hurairah ra., katanya : Rasulullah saw bersabda : Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran. Ia (Abu Hurairah ra.) bertanya : Bagaimana orang yang tidak memegang teguh amanah itu, ya Rasulullah? Rasulullah saw menjawab : Kalau suatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran ( HR.Bukhari )


 Dari Abu Bakrah ra. Katanya : Sesungguhnya Allah telah memberikan manfaat kepada saya di hari perang unta dengan suatu perkataan, ketika telah sampai kepada Nabi saw, bahwa Persia telah mengangkat puteri kaisar menjadi Ratu, beliau bersabda : Tiada akan beruntung kaum ( bangsa ) yang mengangkat kaum perempuan untuk memegang pemerintahan itu. ( HR.BUkhari )


 Dari Abdurrahman bin Samurah ra. Katanya : Rasulullah saw bersabda kepadaku : Hai Abdurrahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak menjadi pembesar negara. Karena jika engkau jadi pembesar karena permintaan, tanggung jawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan ditolong orang dalam tugasmu ( HR. Muslim )


 Dari Abu Dzar ra., katanya : dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw. : Ya Rasulullah saw , Apakah anda tidak hendak mengangkatku (untuk memegang suatu jabatan pemerintahan )?. Lalu Beliau menepuk bahuku dengan tangan beliau seraya berkata : Hai Abu Dzar, engkau ini lemah. Sedangkan pekerjaan itu adalah amanah, yang pada hari kiamat kelak dipertanggung-jawabkan dengan resiko penuh kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang memenuhi syarat dan dapat melaksanakan tugas yang dibebankan kepadanya dengan baik ( HR. Muslim )


 Dari 'Aisyah ra. Katanya : Aku mendengar Rasulullah saw berdo'a di rumahku, katanya : Wahai Allah, Siapa yang menjabat suatu jabatan dalam pemerintahan umatku, lalu dia mempersulit urusan mereka, maka persulit pulalah dia, dan siapa yang menjabat suatu jabatan dalam pemerintahan umatku, lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolong pulalah dia. ( HR. Muslim )


 Dari Ibnu Umar ra. dari Nabi saw, sabdanya : Ketahuilah! Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepemimpinanmu. Seorang Amir ( Raja, Penguasa, Pembesar, pejabat ) yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepemimpinannya. Seorang laki-laki adalah pemimpin keluarganya, dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah tangga suaminya dan anak-anaknya, dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta kekayaan majikannya yang dipercayakan kepadanya, dia juga akan ditanya tentang kepemimpinannya. Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepemimpinannya (HR. Muslim)


 Dari Abu Humaid As Sa'idi ra., katanya : Rasulullah saw mengangkat seorang laki-laki bernama Lutbiyah, dari Asd, suatu daerah di Yaman-kata Amru dan Ibnu Abi Umar-ditugaskan Beliau mengumpulkan zakat. Ketika ia ( Lutbiyah ) datang menyetorkan zakat yang dipungutnya, dia berkata kepada Rasulullah saw. : Ini zakat yang kupungut kusetorkan kepada Anda dan ini hadiah pemberian orang kepadaku. Kata abu Humaid : Sesudah kejadian itu Rasulullah saw berpidato di mimbar, Mula-mula Beliau memuji dan menyanjung Allah Ta'ala, kemudian Beliau bersabda : Ada seorang petugas yang kutugaskan memungut zakat, dia berkata : "Ini zakat yang kupungut kusetorkan kepada Anda, dan ini pemberian orang kepadaku". " Mengapa dia tidak duduk saja di rumah ibu-bapaknya menunggu orang mengantar hadiah kepadanya? Demi Allah yang jiwaku berada dalam kuasa-Nya, tidak seorang jua pun di antara kalian yang menggelapkan zakat yang ditugaskan kepadanya memungutnya, melainkan pada hari kiamat kelak, dia akan memikul unta yang digelapkannya itu melenguh-lenguh di kuduknya, atau sapi yang menguak-nguak, atau kambing yang mengembik-ngembik.". Kemudian beliau mengangkat kedua tangannya tinggi-tinggi, sehingga kelihatan oleh kami putih kedua ketiaknya. Kemudian Beliau berkata : Wahai Allah! telah kusampaikan! Beliau mengatakan itu dua kali ( HR. Bukhari & HR. Muslim )


 Abdullah bin Sa'di ra. menceritakan bahwa dia datang kepada Umar di masa pemerintahannya, lalu Umar bertanya kepadanya : Benarkah apa yang diceritakan orang kepada saya, bahwa engkau mengepalai beberapa urusan orang banyak, tetapi apabila diberikan kepada engkau gaji, engkau menolak? Saya menjawab : Benar begitu. Kata Umar : Apa maksud engkau dengan penolakan itu? Saya menjawab : Bahwa saya ada mempunyai beberapa ekor kuda dan beberapa hamba sahaya, sedang saya dalam keadaan serba cukup. Saya bermaksud hendak menjadikan gaji itu sedekah kepada kaum Muslimin. Kata Umar : Jangan engkau berbuat begitu. Saya pernah menghendaki berbuat seperti yang engkau kehendaki, tetapi Rasulullah saw. memberikan kepada saya pemberian (gaji), lalu saya berkata : Berikanlah itu kepada orang yang lebih memerlukan dari saya. Sampai suatu kali Nabi memberikan uang kepada saya, sedang saya tetap mengatakan : Berikanlah itu kepada orang yang lebih memerlukan dari saya. Lalu Nabi saw. Bersabda : Ambillah itu dan punyailah dan kemudian boleh engkau sedekahkan. Mana yang diberikan kepada engkau dari harta itu (bayaran atas suatu jabatan/gaji), sedang engkau tidak mengharapkan dan tidak meminta, hendaklah engkau ambil. Dan kalau tidakada jangan engkau perturutkan keinginanmu ( untuk memperoleh ). (HR. Bukhari) & (HR. muslim)




Tobat


 Dari Ibnu Umar ra. dari Nabi saw, "Sesungguhnya Allah akan menerima tobat seseorang selama rohnya belum sampai ke tenggorokannya." (HR Ahmad, Tirmidzi, dan Ibnu Majah)


 Dari Abu Said, dari Nabi saw, "Iblis berkata, 'Ya Tuhanku, demi kemuliaan dan keagungan Mu, aku akan senantiasa menyesatkan mereka selama roh berada di tubuh mereka.' Kemudian Allah berfirman, 'Demi kemuliaan dan keagungan Ku, Aku akan senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampun kepada Ku.'" (HR Ahmad)


Wanita Terbaik


 Dari Ali bin Abi Thalib ra, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Maryam binti Imrah ialah wanita yang paling baik pada zamannya, dan Khadijah binti Khuwailid adalah wanita yang paling baik pada zamannya.'" (HR Bukhari dan Muslim)


 Dari Anas bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Cukuplah bagimu empat wanita mulia sejagat, yaitu Maryam binti Imran,Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, dan Asiah isteri Fir'aun." (HR Tirmidzi)


Haji


 Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan beliau bersabda, 'Wahai segenap manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji atas kalian, maka berhajilah.' Seorang berkata, 'Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun?' Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali. Maka Rasulullah saw. bersabda, 'Jika saya mengatakan 'ya' berarti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya.' Kemudian beliau bersabda, 'Laksanakanlah apa yang telah kuperintahkan kepada kalian. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kalian ialah karena mereka banyak bertanya kepada nabinya. Apabila aku menyuruh kalian melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kalian, dan jika aku melarang kalian melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia'" (HR Muslim)


 Dari Ibnu Abbas, dia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Bersegeralah melakukan haji (yaitu haji yang fardhu) karena kalian tidak tahu apa yang akan menimpa diri kalian." (HR Ahmad)
Imam


 Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang imam (pemimpin) itu merupakan pelindung. Dia bersama pengikutnya memerangi orang kafir dan orang zalim serta memberi perlindungan kepada orang-orang Islam. Sekiranya dia menyuruh supaya bertaqwa kepada Allah dan berlaku adil maka dia akan mendapat pahala, akan tetapi sekiranya dia menyuruh selain dari yang demikian itu, pasti dia akan menerima akibatnya. [Bukhari & Muslim]


 Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Aku menemui Nabi s.a.w bersama dengan dua orang lelaki dari keluarga bapa saudaraku. Salah seorang warisku itu berkata: Wahai Rasulullah, berikanlah aku jawatan untuk mengurus (memimpin) sebahagian dari perkara yang diberikan oleh Allah kepada mu. Begitu juga waris ku seorang lagi mengajukan permohonan yang sama, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah, aku tidak akan memberikan pekerjaan ini kepada orang yang memintanya, apatah lagi kepada orang yang tamak padanya. [Bukhari & Muslim]




Pintu Ar-Rayyan


 Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Maksudnya : "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan : "Dimanakah orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya." (Hadith riwayat Bukhari)


 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman : "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)


 Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id Al-Khudri Radhiallahu ‘anhu berkata, aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Maksudnya : "Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." (Hadith riwayat Bukhari)




Puasa di Bulan Syaaban


 Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya‘ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata : Maksudnya : "Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya‘ban." (Hadith riwayat Bukhari)


 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata : Maksudnya : "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya‘ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana bulan Sya‘ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul ‘Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa’i)




Silaturahmi


 Barangsiapa yang ingin rizkinya banyak (lapang) dan dikenang bekasnya, maka hendaknya suka bersilaturahmi (HR Bukhari dan Muslim)


 Sesuatu yang paling cepat dapat mendatangkan kebaikan ialah balasan (pahalanya) orang berbuat kebajikan dan menghubungkan silaturahmi, dan yang paling cepat mendatangkan kejahatan, ialah balasan (siksaan) orang yang berbuat jahat dan memutuskan hubungan kekeluargaan. (HR Ibn Majah)


 Hubungilah orang yang telah memutuskan engkau, dan berilah kebaikan yang telah berbuat jahat kepada engkau, dan katakanlah (berbicaralah) dengan hak (yang sebenarnya) walaupun terhadap dirimu sendiri (HR Ibn Najar)


Dari: "300 Hadits Bekal Da'wah dan Pembina Pribadi
Muslim", Drs. H. Moh. Rifa'i


From: Rumadi Hartawan


Zakat


 [35] Rasulullah saw mewajibkan zakat fithrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa (Ramadhan) dari perbuatan sia-sia dan keji. Dan merupakan makanan bagi para orang miskin. Maka barang siapa yang menunaikannya sebelum shalat 'idul fitri, maka ia sebagai zakat (fithrah) yang diterima (sah) dan barang siapa yang menunaikannya sesudah shalat 'idul fitri, maka ia dianggap sebagai shadaqah biasa (bukan zakat fithrah) (HR Abu Dawud dan Ibn Majah)

 [36] Cukupilah mereka (fakir miskin) pada hari ini (malam hari raya idul fithri) dengan zakat fithrah. (HR Daruquthni)

 [37] Puasa bulan Ramadhan tergantung antara langit dan bumi, dan tidak akan dilangsungkan ke hadhirah Allah, kecuali ia mengeluarkan zakat fithrahnya. (Al Hadits)


Dari : "300 Hadits Bekal Da'wah dan Pembina Pribadi Muslim", Drs. H. Moh. Rifa'i

From : Rumadi Hartawan
ZIKIR

Bismil-Laahi Rahmaani Rahiim.

Dua kalimat ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan dan disukai oleh (Allah) Arrohman, yaitu kalimat Subhanallah wabihamdihi, subhanallaahil 'azhim (Maha suci Allah dan dengan memujinya, Maha suci Allah yang Maha Agung) (HR Bukhari)

Ada empat perkara, barangsiapa memiliknya Allah akan membangun untuknya rumah di surga, dan dia dalam naungan cahaya Allah yang Maha Agung.

1. Apabila pegangan teguhnya "Laa ilaaha illallah",
2. Jika memperoleh kebaikan dia mengucapkan "Alhamdulillah",
3. Jika berbuat salah (dosa) dia mengucapkan "Astaghfirullah", dan
4. Jika ditimpa musibah di berkata "Inna lillaahi wa inna ilaihi rooji'uun" (HR Adailami)

Seorang sahabat berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya syariat-syariat Islam sudah banyak bagiku. Beritahu aku sesuatu yang aku dapat menjadikannya pegangan." Nabi saw berkata, "Biasakanlah lidahmu selalu bergerak menyebut-nyebut Allah (dzikrullah)." (HR Ahmad dan Tirmidzi)


Barangsiapa membaca sebanyak 400 kali (bermula malam eid);

La ilaha illallah, wahdahula syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu yuhyi wayumitu, wahua haiyul la yamutu, biyadihil khair, wahua 'ala kuli syaiin qodir.

sebelum solat sunat hariraya, dia akan dikahwinkan oleh Allah taala dengan 400 bidadari dan mendapat pahla seperti memerdekakan 100 orang hamba. Disamping itu Allah Taala memerintahkan malaikat membuat beberapa dusun yang di tanam dengan pelbagai pokok hingga hari kiamat. (Hadith Riwayat Anas r.a.)


Dari :
1100 Hadits Terpilih, Sinar Ajaran Muhammad. Dr.
Muhammad Faiz Al-Math, Gema Insani Press, 1991, hal.78


AZAN

 Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda: Jikalau azan dilaungkan untuk salat, maka membelakanglah syaitan - yakni lari ke belakang sambil terkentut, sehingga ia tidak mendengar lagi suara azan tersebut. Selanjutnya jikalau azan sudah selesai, maka ia datang lagi, sehingga apabila dilaungkan iqamat, maka sekali lagi ia membelakang, kemudian apabila bunyi iqamat telah selesai datanglah ia kembali sehingga ia mengusikkan - yakin menggoda antara seseorang itu dengan hatinya sendiri sambil mengucapkan: Ingatlah ini dan ingatlah itu, yaitu sesuatu yang tidak diingatnya sebelum ia bersembahyang itu sampai -sampai seseorang itu tidak lagi mengetahui, sudah berapa rakaat ia bersembahyang.
(Muttafaq Alaih)


 Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang ketika- sudah selesai- mendengarkan azan lalu mengucapkan- yang artinya Ya Allah yang Maha menguasai doa yang sempurna serta shalat yang akan didirikan ini, berikanlah kepada Muhammad wasilah dan keutamaan, bangkitkanlah ia pada kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan, maka akan dapatlah ia memperoleh syafaatku pada hari kiamat.
(Riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment